“Manusia Suka Berterus Terang Akan Dilabel Lantang… Takut Untuk Merasa Pahit” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Luah Perasaan?

Perkongsian terkini pelakon sensasi, Rita Rudaini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hantaran di platform TikTok miliknya.

Menerusi muat naik tersebut, Rita seakan memberi teguran pedas kepada pengikutnya yang lantang bersuara atau suka berterus terang namun sering disalah erti oleh segelintir pihak.

Menurut aktres filem popular Mami Jarum ini, Rita memberi bayangan bahawa individu spesis lantang bersuara ini boleh dianggap sebagai individu yang akhirnya akan terluka dek perbuatan orang lain.

“Kita akan terlihat kejam saat kita lantang bersuara, kita juga akan dilihat seperti mengungkit-ungkit saat kita menekankan hak kita.. Tapi percayalah, sebelum kita dilihat sebegitu rupa,

“Kita adalah orang yang pada mulanya pernah bertolak ansur dan memberi pertolongan,” katanya.

Sementara itu, di ruangan kapsyen Rita menjelaskan bahawa individu yang gemar berterus terang akan dilabel sebagai manusia lantang dek segelintir pihak yang takut untuk menghadap kehidupan mereka yang dihujani ujian bertubi-tubi.

“Orang suka berterus terang selalu dilabel lantang… kenapa? Lumrah manusia nak hadap semua yang indah-indah dan melayang di awangan saja.

“Takut untuk merasa perit… Perit itulah yang membuatkan diri kita selalu merasa ingin bangkit,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Rita yang kerap berkongsi luahan perasaan di platform media sosial miliknya meraih tumpuan apabila hantarannya seakan memerli individu tertentu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada pihaknya berhubung status berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Bertahun-Tahun Buat Taik Pun Tak Pernah Rasa Salah, Hati Busuk Bau Bangkai!” – Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Aqilah Paharuzi