Statement ‘Berpeluh-Peluh Untuk Cuba Dapatkan Anak Kedua’ Jadi Pertikaian, Netizen Kritik Kenyataan Ayda Jebat & Nabil Mahir?

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi berita gembira kepada khalayak umum yang memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada Selasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Namun, nama Ayda dan Nabil menjadi sebutan ramai di media sosial kerana kenyataan yang diberikan ketika pengumuman itu.

Kenyataan tersebut dipetik oleh laporan berita sebagai kapsyen ciapan yang tular di Twitter sehingga telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan kenyataan mereka.

“Kami dah cuba berpeluh-peluh untuk cuba dapatkan anak kedua. Alhamdulillah, sudah lima bulan,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan maklum balas, ramai yang bertanya tujuan sebenar sebalik pengakuan tersebut yang dianggap sedikit kurang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, segelintir pihak juga mendakwa seperti kenyataan Ayda dan Nabil itu seakan membuka aib rumah tangga sendiri.

Bagaimanapun, pasangan sejoli ini tidak mengendahkan segala kritikan tersebut yang heboh di media sosial.

Sekadar info, Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ana Nayla, 2 tahun.

Kredit: Instagram Ayda Jebat

Aqilah Paharuzi