Mark Adam Buktikan Umur Bukan Penghalang

Mungkin ramai yang tidak tahu penyanyi, pelawak dan pelakon Mark Adam sebenarnya dilahirkan di Cebu, Filipina dan dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre. 

Mark yang berhijrah ke Malaysia pada 2001 untuk mencari rezeki telah memeluk agama Islam pada 2003 dan seterusnya berkahwin dengan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya.

Sejak itu, kerjaya pelantun lagu ‘Pencuri’ ini semakin meningkat apabila bukan sahaja terkenal sebagai seorang penyanyi, tetapi juga sebagai seorang pelawak apabila sering dijemput di dalam program-program seperti Super Spontan dan Juara Parodi. 

Bukan itu saja, Mark juga aktif berkecimpung di dalam dunia lakonan sejak akhir-akhir ini dan telah membintangi beberapa drama, telefilem dan filem seperti Busker dan 7 Hari Kisah Cinta Langkawi. 

Baca: Pulak Dah…Mark Adam Teringin Jadi Jahat??

Beberapa hari lepas, Mark telah memuatnaik satu video di mana dia sedang belajar membaca Iqra dengan seorang ustaz. 

“InsyaAllah, Terima kasih ustaz,” tulis Mark ringkas. 

Walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun pada 15 Oktober lepas, kesungguhan Mark untuk belajar mengaji dan mengejar ilmu agama harus dipuji dan dicontohi kerana dia menunjukkan bahawa walaupun umur sudah meningkat, masih tidak terlambat untuk belajar membaca dan mendalami Al Quran walaupun baru bermula dengan huruf-huruf hijaiyyah. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji dan mendoakan agar Mark terus istiqomah dan dipermudahkan  segala urusan dalam mendekatkan diri pada Yang Esa. 

Kredit Foto & Video: Instagram @markadam1079

Del14