Lahir Tak Cukup Bulan, Cucu Sulung G-mie Screen Meninggal Dunia

G-Mie atau nama sebenarnya Hajmi bin Haji Ibrahim merupakan bekas vokalis kepada kumpulan Screen yang terkenal pada zaman 90an telah berkongsi berita pemergian cucu sulungnya  yang menemui Illahi semalam.

Difahamkan bahawa cucu pertama G-mie lahir tidak cukup bulan. 

“Allahu Akbar…Innalillah wainna ilaihi rojiun..Perginya cucuanda tercinta Siti Adinda Raudhah pada hari Isnin (18/11/2019) jam 8.41 malam…Al Fatihah #cucusulung #lahirtakcukupbulan #anaksyurga,” tulis G-mie di ruangan kapsyen. 

Rata-rata ramai yang mengucapkan takziah kepada bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-3 ini dan keluarganya terhadap kehilangan mereka termasuklah rakan-rakan artis seperti Almy Nadia, Fedtri Yahya dan Feeya Iskandar.

Kami dari team Xtra juga ingin mengucapkan takziah kepada G-Mie dan keluarga dan semoga tabah menghadapi dugaan ini. 

Kredit Foto: Instagram @gmiescreen

 

 

Del14