Marsha Milan Teruja Sambut Ramadan Kali Ini

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh berkata kedatangan bulan ramdan pada kali ini cukup bermakna kerana beliau dan suami bakal menyambutnya di rumah baharu mereka.

Selepas sibuk dengan beberapa konsert bersama penyanyi yang juga merupakan isteri kepada anggota kumpulan Estranged, Velvet Aduk, Marsha memberitahu persekitaran baharu membuatnya lebih bersemangat untuk menjalani ramdan pada kali ketiga sejak beliau memeluk agama islam.

Marsha bersama suami dan rakan teman rapatnya

” Tahun ini puasa teruja sangat sebab sambut dekat rumah baru dan persekitaran baru. In shaa Allah, harap bulan ramadan kali ini berjalan dengan lancar dan lebih baik berbanding dengan tahun sebelum ini” Katanya

Menurut Marsha juga, bulan ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana pada bulan ini sahajalah kita dapat memperbanyakkan ibadah disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

“Alhamdulillah tahun ketiga berpuasa saya lebih yakin. In shaa Allah harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Seperti tahun lalu awal ramadan saja saya akan balik ke kampung halaman suami di Pulau Pinang untuk berkumpul bersama keluarga. Dan, ia pastinya sangat dinanti-nantikan kerana kita dapat solat terawih dan berbuka puasa bersama-sama keluarga.” Jelasnya

Marsha bersama Velvet semasa sesi rakaman lagu single terbaru beliau

Terbaru, Marsha baru sahaja melancarkan single pertamanya menerusi lagu rakyat Sabah berjudul Sumandak Sabah duet bersama Velvet Aduk.

Salma Syahbuddin