Filem By: Padin October 25, 2022 @ 5:48pm

Masa Singkat Jadi Cabaran Zahiril Adzim

Masa yang singkat untuk membuat persiapan menjadi cabaran besar untuk pelakon Zahiril Adzim menjayakan watak dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka.

Tempoh penggambaran selama 14 hari menjadikan Zahiril berusaha menghidupkan watak A-Wut dalam masa yang singkat.

“Pada mulanya projek ini hanya untuk supertelefilem. Tak tahu pula ia diangkat sebagai filem untuk ditayangkan di layar lebar. Jadi, masa selama 14 hari memang tak cukup.

“Apa yang boleh diusahakan ialah saya memberikan persembahan terbaik dalam masa yang pendek itu. Kalau nak bercakap secara peribadi, ada banyak lagi perkara yang boleh diperbaiki sekiranya masa lebih lama diperuntukkan untuk penggambaran filem ini,” katanya.

Tambah suami kepada pelakon Shera Aiyob ini, dia bersedia menerima sebarang komen penonton yang menyaksikan Siku 12: Langkah Derhaka di pawagam.

“Saya sendiri dah bersedia nak menerima komen atau kritikan penonton yang datang menyaksikan filem ini di pawagam. Kalau mereka suka, saya bersyukur tetapi jika sebaliknya, itu hak mereka. Penonton sekarang pun sudah bijak menilai,” katanya.

Mengetengahkan kehebatan seni persilatan Melayu dan seni mempertahankan diri Muay Thai, filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd juga menyelitkan konflik cinta dan persahabatan sebagai elemen dramatik untuk menarik penonton.

Selain Zahiril, filem bergenre aksi arahan Azhari Zain itu membariskan Syafiq Kyle, Moon, Lobak, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Ridzuan, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober 2022 dan ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Demi Kugiran Masdo, Kami Sanggup…

Saya dan Ali mengaku tidak boleh membuat dua kerja serentak di mana kedua-duanya memerlukan komitmen besar.

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Thu, 31 Jan 2019
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Police Have Ruled Out Autopsy On Cha In Ha’s Body To Respect His Family Wishes

police have also asked the public not to spread rumors…

Hiburan Thu, 25 May 2023
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Arif Jiwa Bakal Saingi Populariti Tok Ti?

Lepas dah menang anugerah, sudah pasti banyak jenama atau produksi yang ‘mengintai’ Arif untuk menjadi duta atau berlakon kan? 

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Masya Masyitah Bakal Pindah China?

Cuma tidak begitu fasih tetapi masih boleh diperbaiki. Sebagai persediaan awal, saya banyak mempelajari di Youtube.

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

难忘《夏日麼麼茶》任贤齐演唱会找阿牛当嘉宾!

任贤齐时隔一年将再度回归云顶开唱,而这次将邀请好友阿牛(陈庆祥)当嘉宾,给大马歌迷带来一波「满满回忆杀」!

error: Content is protected !!