“Masalah Saya Bukan Kewangan” – Didakwa Bankrap Dan Lari Dari Hutang , Safiey Illias Selar Tuduhan & Minta Henti Fitnah

Muncul kontroversi mengenai usahawan sensasi, Safiey Illias didakwa terpaksa menjual rumah dan kereta mewah akibat sudah muflis.

Artikel Berkaitan: Safiey Ilias Nafi Dakwaan Lari Dari Bayar Hutang – “Selama Ini Saya Berdiam Diri Sebab…”

Susulan itu, Safiey tampil membuka mulut mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh seorang individu di TikTok baru-baru ini.

Menerusi hantaran Instagramnya, Safiey menafikan tuduhan tersebut malah menyifatkan khabar tersebut adalah fitnah.

“Baru sempat nak update bila tiba-tiba seorang ejen hartanah dekat tiktok fitnah saya bankrap lah, jual rumah lah dan macam-macam lagi. Sampaikan saya pun terkejut bila kawan-kawan DM cakap nak pindah Bangkok ke.

“Kalau boleh janganlah buat content guna nama saya untuk naikkan view video awak. Berdiri atas kaki sendiri boleh tak? Kalau share benda yang betul tak apa, ni sampai jadi fitnah 1, sampai orang jadi salah faham pulak. Adoi,” tulisnya.

Namun begitu, Safiey yang kini menggelarkan dirinya dengan nama NurWanita memandang dakwaan tersebut pembakar semangat untuknya terus berjaya.

“So bankrap celah mana ya? Cukup-cukup lah fitnah Nurwanita. Sabar je lah. Takpe, saya anggap ini sebagai pembakar semangat kepada mulut-mulut yang asyik nak bertepuk tangan tengok orang ditimpa musibah/masalah.

“Masalah saya bukan kewangan, saya dah lama berbisnes daripada sekolah umur 16 tahun sampai lah saya umur 25 tahun. Tak salah kot saya rehat sekejap 2-3 tahun,” jelas Safiey.

Bukan itu sahaja, Safiey sempat berkongsi tips perniagaan kepada pengikutnya di hantaran tersebut.

Atiqah Johari