Hiburan By: SGMS Faida June 19, 2019 @ 3:43pm

Sam Bunkface, Isteri Sah Bercerai Sejak Januari

Penerbit rancangan, Aida Azira Hussin mengesahkan dia dan penyanyi Sam Bunkface sudah bercerai pada hujung Januari lalu.

Kata wanita berusia 32 tahun itu, keputusan bercerai dibuat atas keputusan bersama dan kedua belah keluarga reda serta merestui keputusan itu.

“Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.

“Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Aida mengambil keputusan untuk memberi kenyataan bagi mengelak berlaku kekeliruan jika ramai beranggapan mereka masih suami isteri.

“Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama,” katanya.

Terdahulu, Sam tampil memberi kenyataan masih tinggal bersama Aida walaupun rumah tangga mereka mengalami sedikit pergolakan.

Penyanyi terbabit turut bertindak memadam foto bersama isterinya di Instagram dengan alasan ingin menggunakan platform itu untuk kerjaya saja.

Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Aug 2022

“Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Alamak, kecewa betul ni peminat pasangan sejoli ini 😅😫 Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan 🫠Doakan je baik baik 😌🥰

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Featured Sat, 10 Dec 2022

Akibat Ingin Sambung Belajar Ke Peringkat Sarjana, Farisha Iris Digelar ‘Andartu’

Penyanyi dan pelakon Farisha Iris pernah berhasrat ingin melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan tidak mengambil remeh mengenai pendidikan biarpun memilih menjadi anak seni. Artikel Berkaitan: Bergelar Anak Seni Tak Jadi Penghalang Farisha Iris […]

Hiburan Tue, 8 Oct 2019