Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 21, 2023 @ 12:53pm

“Tengok Jodoh Macam Mana… Rasa Sayang Terhadap Nurul Shuhada 50-50” – Hafidz Roshdi

“Tengok jodoh macam mana. Rasa sayang itu 50-50.”

Demikian kenyataan pelakon Hafidz Roshdi ketika ditanya mengenai kemungkinan kembali bersatu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Ditemui XTRA usai prosiding bagi pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pagi tadi, Shuhada tampil dengan sebutan kes baharu dan Hafidz berharap agar semua perkara dapat diselesaikan dengan baik.

“Untuk hari ini kita ada sebutan kes baharu, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Apa saja keputusannya, lafaz itu dibuat atau tidak, saya serahkan kepada mahkamah.

“Semoga saya dan pihak sana dapat selesaikan dengan cara baik. Tiada sebarang benda yang merumitkan, semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

@xtra_my Saya cuba yang terbaik untuk menjadi isteri yang baik, tapi mungkin tidak menepati ciri Yang dia ingin kan” – Nurul Shuhada #fyp #xtramy #nurulshuhada #poligami #cerai #hafidzroshdi #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

Menjawab soalan mengenai anak, pelakon Tundukkan Playboy Itu sudah tiga minggu tidak bersua dengan dua cahaya matanya.

“Urusan bertemu anak, itu antara peguam kami. Setakat ini, belum lagi bertemu anak. Kalau diikutkan, sudah lebih kurang tiga minggu. Saya berkomunikasi dengan anak menerusi panggilan telefon dan video.

“Saya Alhamdulillah, okey. Tiada sebarang komunikasi bersama Shuhada. Saya diminta untuk tidak mengacau pihak Shuhada dan saya mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi,” katanya.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie, Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai itu.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sementara itu, tambah Akberdin, pihak plaintif menyatakan tuntutan baharu bahawa adanya lafaz cerai baharu yang berlaku pada 22 Januari lalu, justeru mereka perlu menunggu keputusan mahkamah untuk keputusan kedua-dua lafaz cerai.

“Hari ini adalah tarikh sebutan pertama, permohonan ini difailkan bersama-sama oleh plaintif dan defendan. Jadi, ketika itu tiada timbul lafaz kedua. Tiba-tiba, semalam kami dapat penyata dari pembelaan, ada tuntutan balas daripada defendan.

@xtra_my Berdasarkan undang-undang hukum syarak, kita kena sahkan dulu apa-apa lafaz perceraian Yang pernah ada sepanjang tempoh perkahwinan – Peguam #fyp #xtramy #hafidzroshdi #kes #sebutan #cerai #nurulshuhada #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

“Tiba-tiba dia berkata ada satu lagi talak yang dilafazkan oleh Hafidz. Itu mahkamah akan tentukan. Jadi, kita akan masukkan jawapan dan pembelaan kepada tuntutan itu. Sebelum ini dia tidak menyatakan tuntutan itu yang dilafazkan pada 22 Januari.

“Kes kita pagi ini adalah berkaitan tuntutan pada 22 Februari. Kami terkejut kerana mereka memfailkan tututan pertama itu bersama. Jadi kami perlu membela. Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz itu,” katanya.

Terdahulu, Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah pada 27 Februari lalu. Adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia memaklumkan Hafidz, 29, sah bercerai dengan talak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu.

Sofia mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.

Pada 13 Mac lalu pula, Mahkamah Kuala Kubu Bharu memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim, Siti Fatimah Talib, yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi, pada 2 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda, bagi sabitan mengikut Seksyen 323.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkata ramai apabila Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.

Athira juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon itu, namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka, selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2026

“Saya Tak Lagi Bertolak Ansur Dengan Perkara Yang Tak Selesa Hanya Untuk Sesuaikan Diri” – Syamim Farid

Syamim Freida mengakui, dia kini tidak lagi mengejar untuk menjaga sesebuah perhubungan ataupun persahabatan.

Featured Tue, 23 May 2023

Shaheizy Sam Belanja ‘Six Packs’ Dalam Filem Atas Tuntutan Kerja – “Isteri Terpegun, Dia Suka Effort Saya Bila…”

Sam belanja six packs mereciks! Memang terbaik lah Inspektor Khai dalam Polis Evo 3!

Hiburan Mon, 25 Feb 2019
Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Featured Wed, 14 May 2025
Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Trending Tue, 19 Nov 2019

Kata Hamil Tapi Hakikatnya Ada Udang Disebaliknya

Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

‘Ya…Saya Dah Single’ – Azira Shafinaz

Tak apalah…kumbang bukan seekor. Ye tak?

error: Content is protected !!