Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Atiqah Johari December 7, 2023 @ 7:46pm

5 ‘Perempuan Jadian’ Lari Bertempiaran Berjaya Dicekup Dalam Op Cegah P*ndan

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Bahagiaan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah menahan lima orang pondan menerusi operasi Op Cegah Pondan di sekitar bandar raya Ipoh baru-baru ini.

Memetik laporan Astro Awani, jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk dalam sebuah kenyataan berkata pihaknya berjaya menahan lima pondan berwarganegara Thailand dalam serbuan tersebut.

Malah, dua lelaki turut ditahan menerusi operasi berkenaan.

“Dalam serbuan tersebut, lima orang pondan yang berasal dari Thailand telah ditahan untuk pengesahan identiti dan siasatan awal.

“Dalam pada itu dua lelaki juga ditahan bagi tujuan dokumentasi dan kemudian dilepaskan dengan jaminan penguat kuasa agama,” ujarnya pada Rabu.

Jelasnya, mengikut Seksyen 55 Enakmen Jenayah Syariah Perak (EJSPk), seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah satu kesalahan.

Oleh itu, jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bukan itu sahaja, menerusi akaun Facebook rasmi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk memaparkan ada pondan yang lari bertempiaran ketika dihampiri penguatkuasa.

Dalam operasi lain, sebuah pusat refleksologi atau rumah urut di lokasi sekitar Gunung Rapat turut diserbu.

Rumah urut itu dikendalikan oleh seorang wanita beragama Islam dengan mengupahkan lima tukang urut dan kesemuanya beragama Islam.

“Dalam serbuan tersebut, dua lelaki dalam keadaan tidak berpakaian turut ditahan ketika sedang leka menerima urutan.

“Semua tangkapan dibawa balik ke pejabat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 54 EJSPk 1992 (khalwat) dan Seksyen 29 enakmen sama (menggalak maksiat).

“Jika disabit bersalah boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Tue, 12 Aug 2025

Safwan Nazri Kongsi Pengalaman Mistik Selepas Penggambaran Podcast – “Saya Pernah Nak Campak Anak Sendiri”

Safwan Nazri terbuka berkongsi pengalaman mistiknya sepanjang menjadi hos podcast ‘Sembang Seram’.

Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Fri, 23 Aug 2019

Kenapa Kongsi Gambar Jalur Gemilang Terbalik

Jangan sebarkan gambar atau video bendera Jalur Gemilang terbalik

Hiburan Thu, 12 Sep 2024

Saling Tak Mengikuti Di IG, Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania – “Hanya Rindu”

Perasaan seorang ibu yang amat merindui anaknya 😭😭 Sayunyaaaa

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Trending Sun, 17 Jan 2021
Trending Mon, 26 Oct 2020

Dibenar Tunai Umrah Bermula 1 November Ini

Berita baik buat jemaah umrah!

error: Content is protected !!