Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 23, 2019 @ 10:06am

Kenapa Kongsi Gambar Jalur Gemilang Terbalik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ia susulan pemerhatian agensi itu yang mendapati terdapat penularan gambar dan video berkaitan, sedangkan ada antara insiden berkenaan yang tidak disengajakan atau telah lama berlaku.

“Walaubagaimanapun, MCMC tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mengubahsuai gambar-gambar berkenaan untuk agenda jahat mereka,” menurut MCMC menerusi portal Sebenarnya.my hari ini.

Sehubungan itu, MCMC menasihatkan kepada pengguna media sosial, untuk tidak menyebarkan gambar-gambar sedemikian, yang boleh menyemai kebencian dan kemarahan orang awam.

MCMC turut menasihati pengguna internet untuk meningkatkan kawalan kendiri ketika mengakses internet dan tidak menggunakan platform berkenaan untuk menyebarkan kandungan-kandungan palsu, jelik, dan menghina yang boleh mengundang kemarahan serta menjejaskan ketenteraman awam.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Jun 2020

KPT Rangka Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian IPT

Semoga ada berita gembira buat semua pelajar

Trending Tue, 27 Aug 2019

一个结婚蛋糕吃了49年!这对夫妻明年用蛋糕屑继续

美国宾夕法尼亚州就有一对白发苍苍的夫妻,把1970年结婚时的结婚蛋糕冷冻起来,每年一到结婚纪念日便切一小块出来吃,持续了整整49年。

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Fri, 30 Sep 2022
error: Content is protected !!