Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 30, 2022 @ 6:25am

Teater Maduku Terpaling Kalut Trending Di Twitter

Hari pertama pementasan teater Maduku Terpaling Kalut mendapat sambutan hangat dan penjualan tiket semakin laris untuk hari-hari pementasan seterusnya.

Lebih mengujakan apabila ia juga trending di Twitter apabila ramai penonton berkongsi ulasan yang baik.

Rata-rata penonton memberikan komen positif dan terhibur sepanjang pementasan.

Menurut penerbit teater ini, Mohd Amer Syafiq Khalip, tenaga produksi terkejut apabila mendapat berita pementasan Maduku Terpaling Kalut menjadi topik sohor kini di laman sosial.

“Alhamdulillah, saya tak sangka teater ini mendapat maklum balas positif. Malam pertama persembahan mendapat sambutan menggalakkan sehingga trending di Twitter.

“Ini merupakan satu permulaan yang baik memandangkan teater ini masih berbaki lima persembahan lagi sehingga 2 Oktober ini.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya kepada tenaga produksi, barisan pelakon yang dedikasi dan semua yang menyokong,” katanya.

Tambah Amer, tenaga produksi juga mempunyai perancangan untuk membawa pementasan teater ini menjelajah luar Lembah Klang.

“Ramai peminat yang menyuarakan hasrat untuk menonton teater ini tetapi ia tidak kesampaian memandangkan mereka berada di negeri lain.

“Insya-Allah, jika kita menerima banyak respons positif, teater ini akan menjelajah negeri-negeri lain pada awal tahun hadapan. Kami memohon doa agar apa yang dirancang menjadi realiti,” katanya.

Teater Maduku Terpaling Kalut kali ini adalah naskhah yang dipentaskan buat kali ketiga, menampilkan pelakon popular seperti Anna Jobling, Azrel Ismail, Puteri Sarah serta tiga pelakon baru antaranya Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.

Hari pertama pementasan terbabit berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 penonton serta selebriti seperti Dafi, Zulin Aziz, Zoey Rahman, Ramlah Ram, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, Damansara bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini. Tiket boleh dibeli di laman web www.onetix.com.my atau pembelian secara terus di kaunter mengikut kekosongan tempat duduk.

Kredit foto: Bangsawan Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Feb 2019

Wanita 59 Tahun Sanggup ‘Ubah’ Wajah Hanya Kerana Hutang 16 Juta

Lari Dari Bayar Hutang RM16 Juta, Wanita 59 Tahun Sanggup ‘Ubah’ Wajah

Featured Wed, 26 Oct 2022

[VIDEO] Fify Azmi Teruja Pertama Kali Pakai Inai! Netizen Sangkakan Bertunang, Tapi…

Perkongsian video pelakon Fify Azmi teruja apabila pertama kali memakai inai yang dimuat naik di laman sosial mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga dipenuhi dengan ucapan tahniah. Memetik laporan Harian Metro, Fify menjelaskan perkongsian tersebut hanya […]

Featured Sat, 25 May 2024

Dituduh Tak Hormat Tempoh Idah, Adira Suhaimi Tampil Beri Respons : “Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Bagi Makan?”

Haa, dengar penjelasan Adira tu okay jangan asyik tanay nanti kena babap. Awas!😅

Hiburan Sun, 26 Jan 2020
Featured Thu, 25 Mar 2021

Diskaun 50% Saman Bermula Hari Ini Sehingga 11 April, Cara Mohon

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini telah melancarkan aplikasi portal MyBayar Saman untuk memudahkan orang ramai membayar saman trafik dengan lebih pantas. Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, orang ramai akan diberikan […]

error: Content is protected !!