Masih Minat Kaum Sejenis, Miley Cyrus Umum Cerai!

Usia perkahwinan baru menginjak lapan bulan, selebriti Hollywood Miley Cyrus mengumumkan sudah bercerai dengan pelakon, Liam Hemsworth.

Memetik laporan US Magazine, hubungan mereka sebagai suami isteri tidak berjalan baik disebabkan Miley kembali ke sikap lamanya iaitu masih tertarik dengan kaum sejenis.

Sebelum berkahwin, penyanyi lagu Wrecking Ball itu dilaporkan berkahwin dalam sebuah majlis yang berlangsung pada 23 Disember tahun lalu.

Namun begitu, perkahwinan pasangan ini tidak mendapat ‘lampu hijau’ daripada kakak Liam, Chris Hemsworth.

Sementara itu, Miley dilaporkan sedang bercuti di Itali dan dilihat bercium dengan seorang wanita jelita bernama, Kaitlynn Carter.

Memetik laporan Etonline.com, Miley Cyrus dan Kaitlynn ‘kantoi’ bercium di sebuah resort mewah di Danau Como, Italia.

Lebih mengecewakan peminat Miley, hal ini berlaku sehari sebelum penyanyi kesayangan ramai ini mengumumkan berita penceraiannya.

Kaitlyn pula dilaporkan baru sahaja bercerai dengan Brody Jenner selepas setahun berkahwin.

Alahai…dah kenapa ni?

SGMS Faida