‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Pelakon jelita, Anzalna Nasir mendedahkan sepatutnya dia dan ibu bapanya sudah merancang untuk mengerjakan Haji pada tahun ini.
 
Anzalna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram memaklumkan perancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana dikurniakan cahaya mata Momahad Eidrees, Jun lalu.

“Selamat hari raya everyone! Sebenarnya plan tahun ni nak buat Haji bawa mama and abah tapi Allah bagi rezeki lain @mohamadeidrees Alhamdulillah.

“Insya-Allah masanya akan tiba,” tulisnya yang memuat naik fotonya bersama suami, Hanif Zaki ketika mengerjakan Umrah sebelum ini.
 
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan serta niatnya untuk mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima itu dimakbulkan.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.

SGMS Faida