Masuk Trimester Ke-3, Mira Filzah Sahkan Kini Hamil Anak Pertama

Sebelum ini pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah sering diajukan soalan berkenaan cahaya mata.

Bukan itu sahaja, malah ada segelintir peminat setianya yang berteka-teki dan risau dengan penampilan dirinya yang dilihat semakin kurus sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, persoalan mengenai bila nak mendapatkan cahaya mata akhirnya terjawab apabila The Malaysian Sweetheart ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di laman instagran miliknya pada Khamis.

“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin Ya Rabbalalamin,” tulisnya.

 

Menjengah diruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar perjalanan kandungan bayi dan ibu berjalan dengan lancar.

Salma Syahbuddin