Lepas Janna Nick, Mawar Rashid Pula Buat Ucapan Berbayar?

Selepas pelakon Janna Nick mengenakan bayaran untuk perkhidmatan ucapan di laman Instagram, nampaknya pelakon Mawar Rashid juga mengikut jejak langkah sama.

Menerusi laman Instastory Mawar, dia telah memuatnaik sebuah foto dengan kapsyen sama seperti yang ditulis oleh Janna sebelum ini.

Menariknya, harga yang ditawarkan lebih rendah iaitu hanya RM20 sahaja bagi setiap ucapan.

Dalam masa sama, Janna memberitahu dia tidak bimbang dengan hal berkenaan dan menganggap ia sebuah persaingan sihat.

“ Lagipun, nilai harga ditawarkan oleh Mawar sesuai dengan jumlah pengikutnya sekarang,” katanya kepada BH Online.

Ketika ini, Janna mempunyai 3.9 juta pengikut di Instagram, berbanding Mawar dengan 1.9 juta orang.

SGMS Faida