Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Kehilangan pelawak veteran, Samynathan Rethinam atau lebih mesra disapa Accapan sememangnya dirasai warga kerja dunia hiburan tanah air.

Difahamkan, mayat Accapan dibakar di Krematorium Simpang Lima, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Mendiang meninggal dunia kira-kira pukul 2.43 pagi Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.

Difahamkan, pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun mendiang tidak mahu menghebohkan kondisi kesihatannya.

Antara rakan artis rapat yang hadir adalah pelawak Yassin Yahya.

“ Saya ada bertemu dengan beliau beberapa bulan lalu. Ketika itu dia ada bercakap tentang masalah kesihatannya. 

“ Kehilangan Accapan sudah tentu satu kehilangan besar bukan saja buat saya tetapi para peminatnya,” kata Yassin dalam nada sebak.

Dalam pada itu, mendiang meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran 31, Dhineshwaran 28 dan Yhuveneshwary 24.

Mendiang antara artis berbangsa India yang popular dalam indusri hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan siaran RTM iaitu Santan Berlada. 

Terima Kasih atas gelak tawa yang diberikan, Accapan. Rest In Peace Sir…

SGMS Faida