Categories: Eat Travel

Raikan Hari Lahir Kesayangan Anda Dengan Chocolate Crepe Cake Ini. Buat Sendiri Lagi Sedap!

Hari lahir kesayangan anda semakin hampir? Masih tak tahu nak beli jenis kek yang macam mana? Apa kata tak payah beli, anda buat sendiri saja!

Orang kata, kalau kita guna air tangan kita sendiri lebih bertambah kasih sayang. Jadi, saat inilah anda ambil peluang untuk membuat kek untuk insan teristimewa. Pasti si dia suka!

Kali ini, penulis nak kongsikan resepi Chocolate Crepe Cake yang sangat sesuai untuk raikan hari lahir kesayangan anda.

Untuk menyiapkan kek ini tidaklah memerlukan bahan-bahan yang banyak, tapi nak buat crepe ini agak susah sikit dan ambil masa yang lama untuk disiapkan. Tapi, demi orang tersayang mesti anda sanggup kan?

Untuk membuat 1 biji kek ini memerlukan anda membuat 20 layer crepe. Jadi, bersabar ya! Sebelum penulis kongsikan resepinya, penulis nak kongsikan terlebih dahulu tip berguna sebelum anda membuat kek ini iaitu:

  • Pastikan kuali tidak terlalu panas.
  • Gunakan api yang kecil saja semasa memasak.
  • Tuang adunan di tengah kuali sambil memusingkan kuali supaya adunan rata dan nipis.
  • Biarkan crepe kering sebelum diterbalikkan.
  • Terbalikkan crepe secara perlahan-lahan untuk elak crepe terkoyak.
  • Sejukkan whipping cream terlebih dahulu sebelum dipukul.

Jom kita lihat video untuk membuat kek ini.

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 serbuk koko

1/2 cawan gula 

6 biji telur

1/4 cawan mentega cair

3 cawan susu segar

1 1/2 cawan krim putar bukan tenusu

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan tepung gandung, serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.

2. Setelah itu, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan pula mentega cair dan kacau.

4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil kacau adunan.

5. Panaskan pan, pastikan anda tidak guna api yang besar.

6. Masukkan 1 senduk kecil adunan tadi untuk buat crepe. Rujuk video. 

7. Siapkan lebih kurang 20 layer crepe untuk hasilkan kek ini. Apabila dah siap, ketepikan.

8. Untuk membuat cream pula, masukkan krim putar bukan tenusu ke dalam mangkuk. Pukul menggunakan mesin pengisar sehingga menjadi pekat dan gebu.

9. Ambil selapis crepe dan sapukan cream diatasnya, buat selapis demi selapis sehingga habis. Rujuk video.

10. Apabila siap menyapu cream, taburkan serbuk koko di atasnya. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin