Melukis Beri Pengajaran Erti Kesempurnaan, Tiz Zaqyah Akui Pernah Berhasrat Nak ‘Cantikkan’ Hidung & Buang Tahi Lalat

Pelakon jelita, Tiz Zaqyah memaklumkan pernah meluahkan hasrat untuk ‘mencantikkan’ hidungnya kerana dikatakan mempunyai bentuk senget dan lubang hidung kembang.

Tiz menerusi ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini juga mendedahkan ada terlintas untuk membuang tahi lalat yang berada di atas bibirnya itu.

Bagaimanapun, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menerima raut wajahnya itu dengan sepenuh hati setelah banyak menghabiskan masa melukis sehingga memberikannya pengajaran tentang kesempurnaan.

“Pasal hidung saya ni, dia tak bersalah apa. Pernah terfikir nak ‘cantikkan’ tapi… hidung ni jugaklah yang menaikkan seri wajah saya. So, alhamdulillah. Just maintain, apa yang mampu.

“Saya selalu tertanya-tamya, kenapa hidung saya ni tak secantik ibu bapa saya. Dapat senget kembang pula tu.. Takpelah.. Saya hampir nak buang tahi lalat dekat atas bibir.. tapi saya tersedar, kalau kosong, muka saya pun jadi kosong..,” tulisnya berserta tanda pagar pengakuan.

“Setiap hari, drawing and sketching portraits taught me that we are not perfect but PERFECT. No fingerprints can be forged, like our face. Our features. Measurements don’t lie. From MM to M, from M to Miles.

“We are all unique. So ya, saya tak akan ubah hidung saya. Malah, direktor saya pun kata ‘Tiz, kalau nangis hidung nangis dulu’,” katanya.

Sebelum ini, pelakon filem popular Nur Kasih ini pernah berkata dia berasa ‘semak’ ketika bercuti bersama individu yang gemar bergambar sehingga dianggap hanya menyusahkan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN:“Setengah Orang Bila Travel Every Corner Nak Ambil Gambar Ke?” – Mood Killer! Tiz Zaqyah Luah Rasa Berang

Aqilah Paharuzi