[VIDEO] Isu Bila Nak Bertudung? Atilia Haron Selesa Dengan Penampilan Terkini – “Mama Tak Pernah Paksa Saya, Tapi…”

Penyanyi, Atilia Haron tidak terkecuali menerima tempias sama untuk mengikuti jejak ibunya, Salamiah Hassan, 52, yang kini telah membuat keputusan untuk berhijab.

Susulan itu, ramai yang mempersoalkan mengenai bilakah pelantun lagu Bahagiaku ini akan memakai tudung.

Menerusi sebuah video temubual dimuat naik oleh wartawan Kiffy Razak, Atilia menjawab persoalan tersebut yang memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Jelasnya, dia berasa selesa untuk tidak berhijab buat masa ini demi tuntuan kerjanya yang juga seorang coach yoga.

“Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan bertudung. Tapi dalam masa sekarang ni saya rasa lebih selesa macam ni atas dasar kerja yang saya lakukan.

“Ya, saya tahu boleh ajar yoga pakai tudung, tapi saya sendiri selesa macam tu. Saya rasa saya tak buat salah,” katanya.

Sementara itu, Atilia juga berkongsi ibu tercintanya, Salamiah tidak pernah memaksa dirinya untuk bertudung.

“Mama cakap pada saya pakai tudung bila dah ready. Sama macam dia juga, bila dia ready dia pakai tudung.. Alhamdulillah, dia rasa sangat happy sekarang tak ada yang paksa dia.

“Jadi dia nak sama juga macam anak dia. Dia tak nak paksa saya, nak saya sendiri yang terbuka hati untuk berhijab,” katanya.

Aqilah Paharuzi