Menderita Sihir Sejak 2017, DSV Dedah Keluar Darah Kotor Berbau Hanyir Dari Tubuh Badannya

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan, dia menderita perbuatan sihir sejak empat tahun lalu akibat perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, sejak pulang dari bercuti bersama anak-anaknya di Semporna, Sabah baru-baru ini, dia mengalami tindak balas yang mengejutkan apabila darah kotor berbau hanyir keluar dari tubuh badannya.

Terkejut dengan tindak balas tersebut,  DSV atau nama penuhnya Hasmiza Othman, 52, menyifatkan perbuatan sihir yang dialaminya selama ini telahpun hilang dek kerana melintas lautan ketika berada di Sabah.

“Bila saya balik dari Semporna haritu dan balik semenanjung banyak darah keluar dari badan saya.

“Maknanya sihir tu dah keluar mungkin disebabkan saya melintas banyak lautan ketika di sana. Dan saya andaikan segala benda (sihir yang dihantar) telah pun keluar,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai perkara misteri itu, rakannya juga turut  mengalami nasib yang sama sepertinya apabila tubuh badannya juga mengeluarkan darah kotor yang banyak.

Namun, sejak kejadian itu berlaku, dia merasakan perubahan yang sangat ketara apabila tubuhnya semakin sihat berbanding sebelumnya.

“Kawan saya juga alami perkara sama. Dia pergi tandas dan maklumkan banyak keluar darah sama seperti saya berwarna hitan dan berbau hanyir.

“Ingatkan keguguran, sebab banyak sangat darah yang keluar.Tapi alhamdulillah . Lepas je kejadian tu saya rasa segar. Even harini saya tak tidur lagi saya hanya nap 10 minit sahaja. Dan saya rasa saya makin sihat alhamdulillah,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak terkena tempias serangan sihir,  DSV mengakui anak perempuannya turut mengalami nasib sama sepertinya.

“Subhana-Allah. Memang kena tempias, sebab saya pun kesian kat Cik B, masa tu dia baru lepas period then dia pun sama macam saya (keluar darah banyak juga),” ujarnya.

Mengulas lanjut, DSV memaklumkan bahawa perbuatan sihir ini dilakukan oleh individu yang dikenali sekaligus berpesan agar sentiasa berhati-hati ketika hendak berkawan.

“Ya orang yang kenal. orang yang bersama kita.

“Jadi berhati-hatilah bila berkawan. Berapa tahun saya tanggung sakit ni tapi saya lawan jugak.

“Benda ni kita tak boleh layan perasaan kena lawan memang rasa sakit nak mati tapi  ini lain macam. Memang kena bangun malam solat dan berdoa insya-Allah doa akan dimakbulkan kerana time tu adalah doa paling afdal.

“Benda ni saya menderita dari tahun 2017 hingga 2020. Kadang tengah live pun saya boleh pengsan. Saya sebenarnay tak nak besar-besarkan cerita ni tapi saya just share jelah untuk menagkis perkara ni,” tegasnya.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin