Categories: HiburanSelebriti

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Selepas lebih setahun tidak lagi bertugas sebagai penyampai radio, pelawak terkenal Shuib (Sepahtu) mengaku rindu untuk kembali ke konti. 

Menerusi laman IG, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini meluahkan rasanya itu.

“ Tiba-tiba rasa RINDU dengan radio, dah setahun tinggal,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya. 

Rata-rata pengikutnya bersetuju agar Shuib membuat kemunculan semula kerana rindukan jenakanya.

 

Shuib mula ke udara sejak 30 November 2015 menerusi Slot Pagi bersama pelawak Jep dan Rahim. 

Selepas dua tahun bersama, Shuib mengumumkan undur diri dari stesen Sinar berkuatkuasa pada 29 November 2017.

Ada juga netizen yang ‘mengusik’ agar tempat Ajak di Hot FM boleh digantikan dengan Shuib. Macam-macam eh korang ni…

SGMS Faida