Categories: Trending

Iqram Is Back! Aksi Ghairah Hanya Bertuala Di IG Live

Selepas diumumkan muflis pada Januari lalu, Iqram Dinzly turut meluahkan rasa kecewanya kerana gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77k kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seterusnya mengumumkan beliau ingin bersara daripada industri seni tanah air.

Dan, walaupun isu tersebut masih belum reda, Iqram sekali lagi tampil dengan kontroversi terbaru beliau, apabila muncul dengan aksi lucah yang dirakamkan menerusi akaun instagram Live miliknya.

Video lucah tersebut turut memperlihatkan pelakon Titi Kayu itu menari dengan ghairahnya sambil memakai tuala berwarna putih.
Bagaimanapun, ramai followers yang mengkritik perbuatan Iqram ini yang disifatkan sebagai ‘sakit mental’.
Salma Syahbuddin