Categories: HiburanSelebriti

‘ Macam Tercekik Sudu, Menyanyi Ke Bercakap Tu?”- Rozita Che Wan Sindir Pereka Fesyen Di IG?

Pelakon jelita Rozita Che Wan menyifatkan tindakan seorang pereka fesyen yang kini mencuba nasib sebagai seorang penyanyi sebagai tidak sesuai. 

Wanita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta ini memaklumkan individu berkenaan dahulunya pernah mengkritik selebriti bergelar pereka fesyen namnn si dia juga melakukan hal yang sama.

” Tak yah nyanyi lah kot…macam tercekik sudu ja… menyanyi ka bercakap tu? Buat baju pun ala-ala kata orang…eh.

” Dulu kami ingat designer ni pernah cakap, artis pun nak jadi fesyen designer, kononnya nak caras market depa. Tup-tup minggu lepaih kami dengar nak jadi penyanyi pulak,” katanya.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini turut memberitahu dia tiada isu dengan pereka berkenaan.

” Chuppp no heart feelings. Kami takde isu dengan sapa-sapa pun…tapi daripada satu Malaya carut, baik kami carut dulu kot.

” Tak payahlah menyanyi…dah dengar lagu tu,” pesannya. 

Ehem..agak-agak korang boleh teka tak siapa pereka fesyen yang dimaksudkan? 

Kredit Gambar: IG Rozita Che Wan

SGMS Faida