Categories: Parenting

Jangan panik bila si kecil jatuh terlentang, bertindak bijak seperti dilakukan Datin Dr Halina

Memang panik dibuatnya apabila melihat si kecil terlentang atau tersembam.

Anak melalak bagai nak gila, si ibu pula sebak melihat keadaan mereka. Hati ibu mana yang tidak luluh melihat keadaan si kecil, apa tah lagi pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila membabitkan kes-kes hentakan di kepala. 

Ibu bapa tidak boleh bersikap sambalewa jika enggan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada buah hati anda! 

Di sini Hijab & Heels ingin berkongsikan pengalaman Datin Dr Halina Mohd Yunos yang pernah berdepan situasi cemas apabila seorang anak kembarnya iaitu Sheikh Noah jatuh dari kaunter dapur, sekitar Januari lalu. 

Kejadian itu turut mengejutkan Dr Halina, malah Tok Yah mereka turut menangis!

 

Peristiwa itu turut mengundang kebimbangan dalam kalangan pengikut setia isteri angkasawan negara ini di laman Instagram. 

Sebagai individu yang berpengalaman luas dalam dunia perubatan, Dr Halina terpanggil untuk berkongsi tip yang patut ibu bapa lakukan sekiranya berdepan situasi sama.
 Terangnya, “To parents out there… kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu, check conscious level nangis ke tidak. Nangis is good, that means your baby is conscious.

Kedua, pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol. You can put ice to stop benjol from getting bigger.”

Ringkasnya, jika anak-anak ada menunjukkan reaksi selepas terjatuh… ia adalah petanda bahawa mereka berada dalam keadaan sedar. Begitu pun, segera periksa sebarang lebam atau benjolan jika ada.

“Over time, check anak kita. Kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah. Feeling nauseous atau muntah is NOT good. Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa. If there’s abnormality, bring to hospital immediately!” tegas ibu kepada empat anak ini.

Oleh itu, selepas ini sekiranya anak jatuh, pastikan anda sebagai ibu melakukan seperti yang diajar Dr Halina. 

Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada masalah yang lebih besar berlaku, hanya dari rumah sebelum terus mendapatkan rawatan di hospital.

 

 

Yanie Baharom