Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2023 @ 4:19pm

Mengandung 8 Bulan, Gelagat Isteri Fizo Omar Keluar Dari Kereta Sport Buat Ramai Berdekah! -“Masuk Memang Boleh, Keluar Ni Tak Boleh”

Pelakon Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sekali lagi meraih perhatian selepas berkongsi video di laman TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Fizo dan isteri dilihat mencuba kereta sport mewah jenis McLaren milik pengasas Hannan Medi Spa & Hair Salon, Dr Hannan Yusof.

“Ibu mengandung 8 bulan hampir terlekat dalam kereta McLaren. 

“Kisah benar tapi sekadar hiburan sahaja. Selamat berhujung minggu semua!,” tulisnya.

Video berdurasi lebih satu minit itu memaparkan Fazeera meminta izin kepada Dr Hannan untuk duduk dibahagian kerusi pemandu kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, aksi Fazeera yang kelihatan meminta tolong untuk keluar dari kereta sport tersebut membuatkan rata-rata warganet terhibur.

@drhannanIbu mengandung 8 bulan hampir terlekat dalam kereta McLaren 😂😂😂 Kisah benar tapi sekadar hiburan shj . Selamat berhujung minggu semua !♬ original sound – Dr Hannan Yusof

 

Malah, melihat kepada kesukaran yang dialaminya itu, Fazeera sempat memberitahu suaminya adalah lebih senang dan mudah untuknya jika menaiki kereta Myvi berbanding kereta mewah seperti yang dimiliki Dr Hannan.

@iamfizoomar Myvi je la, lg senang kan 😂. . Test2 duduk kete @Dr Hannan Yusof ♬ original sound – Fizo Omar

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan lebih 90,000 tanda suka beserta pelbagai respons dalam kalangan warganet.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sakinah Tempelak Netizen Busy Body

Bila dah jadi artis, semua benda orang nak ambil tahu.

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

‘Dari ‘Jantan’, Sekarang Manja’- Janna Nick Mengaku Berubah Selepas Berpunya

pelakon Leftenan Zana itu memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘baby’ manakala Dini memanggi Janna ‘sayang’.

Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Trending Wed, 1 Nov 2023

Kenyataan Mengenai Isu Pempengaruh Cuba Nasib Jadi Penyanyi Disalah Erti, Ini Penjelasan Usop – “Saya Pun Ada Akal!”

Netizen jangan nak memandai-mandai eh! Lain kita cakap, lain dia faham…😑😡

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

黄子佼914来马会粉丝为《FUN TAIPEI》站台

「创意才子」黄子佼将于9月14日来马为《FUN TAIPEI快闪主题馆》站台,并于当天傍晚7时30分,展开唯一一场粉丝见面会。

Trending Tue, 16 Jun 2020
Selebriti Wed, 12 Jul 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022