Hiburan By: Del14 September 6, 2019 @ 10:58pm

Sakinah Tempelak Netizen Busy Body

Pelakon Sharifah Sakinah hari ini mendapat perhatian netizen sekali lagi apabila dia telah memuat naik gambarnya baru-baru ini dan meminta dunia untuk berhenti mengajar wanita cara berpakaian.  Kontroversi Sakinah dan isu memakai pakaian yang agak menjolok mata bukan lah sesuatu yang asing baginya kerana dia sering ditegur netizen tentang pemilihan pakaian yang dianggap kurang sesuai dengan adat dan budaya Timur kita, lebih-lebih lagi untuk yang beragama Islam. 

 
 
 
View this post on Instagram

To The Entire World: Stop telling women how to dress

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

 

 

Seperti biasa ada yang memuji dan ada yang mengeji. Netizen yang mengecam Sakinah kebanyakannya mempersoalkan sama ada dia betul-betul seorang Muslim yang faham hukum hakam agama kerana sanggup bersuara lantang tentang hak berpakaian seorang wanita walaupun pakaian itu seksi dan tidak menutup aurat, terutama sekali kerana dia beragama Islam.

 

 

 

Antara-antara komen netizen dia laman instagram Sakinah. Semoga kita mampu ambil yang baik-baik sahaja, baik Sakinah mahu pun para netizen.

 

Sakinah kemudian mempersoalkan motif netizen yang menyindirnya secara bertubi-tubi di laman instagramnya kerana mereka hanya berani bercakap di alam maya tetapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk menegurnya depan-depan.

 

“Tapi masa I jalan jalan KLCC kenapa takda sapa tegur I?” -Sharifah Sakinah

 

Pelakon telemovie Bini Aku Dari Neraka ini, pernah sebelum ini, melalui entri instagramnya, meminta pihak KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week) yang dianjurkan bulan lepas supaya peka kepada waktu solat Jumaat untuk memberi ruang kepada lelaki yang beragama Islam menunaikan kewajipan mereka kepada Allah swt. 

 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/sharifah-sakinah-buat-hal-lagi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Mar 2024

Kongsi Cerita Ikan & Rezeki, Alif Satar Bikin Ramai Insaf – “Tak Boleh Takbur! Kena Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah”

Masya-Allah, nampak mudah perkongsian Alif tapi betul-betul patut dijadikan pengajaran buat kita semua❤️😥

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Semoga memperoleh umrah yang mabrur…

Events Fri, 14 Dec 2018

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Siapa yang pergi Anggun Life boleh guna #AnggunLife di sosial media korang okay!

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Sun, 7 May 2023

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Bakal Tampilkan Anuar Zain

Wah siap ada Anuar Zain buat persembahan lah

Featured Wed, 24 Jul 2024

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Shuib pun dah mengaku khilaf so, janganlah panjangkan isu ni lagi okay!👀🔥