Menggeletar di Lapangan Terbang! Nurul Shuhada Kena Panic Attack Selepas Tonton Video Hafidz Roshdi, Netizen Timbulkan Tanda Tanya

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendedahkan dirinya pernah mengalami serangan panik di lapangan terbang selepas menonton sebuah video.

Memetik laporan Melodi, dipercayai video yang ditonton itu ada kaitan dengan isu rumah tangganya bersama Hafidz.

Di dalam laporan tersebut, dia menceritakan bagaimana dirinya diserang panik dan perasaannya selepas menonton video berkenaan.

“Masa kali pertama tengok video tu, saya baru turun dari flight dan kena panic attack, saya shaking sangat-sangat. Jalan sambil tangan dah menggeletar-geletar sampai ada seorang aunty pegang saya pun sampai ikut tergetar sekali sebab saya memang shaking sangat.

“Semua orang suruh saya duduk, tarik nafas. Saya tak sangka macam ni kesudahan perkahwinan saya. Permulaan dia memang sangat indah, semua orang takut saya tak boleh nafas masa tu memang susah sangat nak bernafas sebab abah kepada anak-anak saya macam.. (mengeluh).

“Harapnya takdelah yang bercerita kepada Humairah ataupun Umar nanti mereka tahu mesti kecewa,” ujarnya sambil mengesat air mata.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen timbul tanda tanya mengenai video yang dikatakan oleh Shuhada itu.

“Tak faham.. video apa yang ditengoknya.

“Video apa yang buat Shu panic attack.

“Video apa yang Shuk tengok?,” komen netizen.

Maya Basir