“Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia” – Diana Danielle Buat Tuntutan Cerai, Ini Respons Farid Kamil

Pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil dikatakan sedang berdepan krisis rumah tangga selepas apabila muncul dakwaan menyatakan isterinya, Diana Danielle telah membuat tuntutan cerai.

Namun begitu, memetik laporan BH Online, Farid mengharapkan bahawa kemelut rumah tangganya dapat ditangani dengan jalan perdamaian.

Tambah, Farid mengakui bahawa dia masih menyayangi isteri dan anak-anaknya sekaligus enggan menceraikan Diana.

“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah menberi petunjuk dan hidayah.

“Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” ujarnya kepada BH Online.

Bukan itu sahaja, Farid juga menafikan bahawa dia dan Diana tidak mempunyai sebarang krisis di antara mereka yang membawa kepada keretakan rumah tangga.

“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.

“Tanyalah Diana, apa masalah dia,” jelas Farid kepada wartawan BH Online.

Walaubagaimanapun, Farid memaklumkan bahawa isu tuntutan cerai ini tidak mengganggu emosinya dan sedang sibuk dengan penggambaran.

“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya lagi.

Untuk info, khabar rumah tangga pasangan pelakon ini menjadi perhatian apabila Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal Mac ini atas sebab tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai tersebut dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi ini.

Sumber: BH Online

Atiqah Johari