Mentor Milenia kena ‘Urban’ Sikit! – Hazama

Persembahan Arayn Malik, protege kepada Mentor Hazama Ahad lalu semasa pusingan duet mendapat pujian apabila lagu lama ‘Seiring Sejalan’ nyanyiannya dengan rakan duet, Zizi Kirana diberi nafas baru apabila susunan muzik dari Hazama memasukkan lagu ‘Bunga’ oleh Altimet.

Walaupun menyukai persembahan mereka, juri tetap Mentor Milenia 2019, Altimet menganggap ‘hook’ lagu Seiring dan Sejalan tidak patut dikeluarkan dari persembahan kerana ianya sinonim dengan lagu tersebut dan berpendapat, penonton di rumah dan di studio, boleh menyanyi bersama-sama pada bait tersebut. 

“Susunan lagu tu, memang kita tak nak bagi lagu tu macam karaoke sebab kita nak bezakan proses Arayn dari amatur ke profesional.

“Lagu Seiring Sejalan ni lagu lama dan dah ramai orang ‘cover’ (nyanyikan). Kita memang sengaja nak bagi kelainan jadi orang tak boleh nak bandingkan nyanyian Arayn dan persembahan orang lain selama ni sebab tak sama.

“Sebab tu saya ‘mash up’ kan lagu ini dengan lagu ‘Bunga’ dari Altimet dan nak tak nak, Arayn kena belajar rap,” jelas Hazama selaku Mentor kepada Xtra.

“Saya okay nak rap tapi saya ni terkial-kial sebab saya bukan rappers!” jawab Arayn sambil tertawa.

Ingin membawa kelainan dalam apa yang disajikan di pentas Mentor Milenia 2019, Hazama berpendapat dia hanya mengikut tema program.

“Kita cuba bagi apa yang tengah trending di kalangan ‘milenia’ sekarang ni.  Kita ada ‘team’ dan secara sebulat suara kita pilih Zizi Kirana sebagai rakan duet Arayn untuk membantu dalam persembahan dia malam ini. 

“Arayn ni dia minat dengan genre rock, tapi saya tak nak dia sangkut dekat situ…saya nak dia ke ‘urban’ sikit, sebab ni Mentor Milenia. Saya cuma ikut tema program. Ni bukan Mentor Otai ke apa…Untuk Mentor ni saya kena selidik, orang kat luar nak tengok benda sama atau benda baru,”ujar Hazama lagi. 

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 setiap Ahad jam 9 malam, hanya di TV3!

Kredit Foto: Zek & Instagram @tv3malaysia

Del14