#Mentor7: Garang? Mestilah Ada Sebab…

Jika penyanyi Hafiz Suip memilih untuk tidak terlalu serius ketika sesi pembelajaran, lain pula bagi penyanyi Datuk Syafinaz Selamat.

Menurut Syafinaz, dia akan lebih tegas dengan protégé ketika sesi pembelajaran.

“ Ketika mengajar, saya seorang yang berterus- terang, Jika tidak suka, saya akan cakap. Mungkin ada yang anggap saya kasar walaupun saya buat untuk kebaikan mereka.

“ Saya tegas tidak bermaksud saya akan marah, cubit atau merotan, Jangan salah faham,” katanya.

Untuk menceburkan diri dalam bidang seni mereka perlu kenali diri sendiri dahulu.

“ Ini demi masa depan mereka juga. Tegas saya ada batasnya dan tidak melampau batas.

“ Sebagai seorang mentor sudah tentu saya mahu yang terbaik buat protégé saya,” katanya.

Syafinaz juga selalu berpesan kepada protégénya agar tidak terlalu memikirkan soal populariti namun harus fokus mengenai pembelajaran.

Ranisha atau nama penuhnya, Farranisha Shazwany Mohd Faizul, dan Lazarul atau Lazarul Afiezy Zakaria merupakan protégé pilihan Syafinaz untuk Mentor musim ke tujuh.

Mentor bakal ke udara setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

 

 

SGMS Faida