Menyanyi Boleh, Mengaji Pun Sedap…Terbaiklah Bulan!

Mendayu-dayu betul alunan suara protege kepada Black Hanifah, Bulan atau nama sebenarnya Muhamad Asyraff Mohd Zamani ketika membaca surah Al-Mulk apabila berkongsi bacaannya  itu di laman instagramnya @bulan_mentor.

Sebelum itu Bulan meminta maaf jika ada kesilapan dalam bacaannya kerana masih banyak lagi yang perlu dipelajari. 

Peserta Mentor Milenia 2019  ini  turut berkongsi kelebihan membaca surah tersebut, di antaranya ialah terlepas dari azab kubur dan akan mendapat rahmat dari Allah swt.  

Meninjau ke ruangan komen, netizen memuji kemerduan suara Bulan dalam bacaan Al-Quran dan  berharap penyanyi yang dikatakan mirip dengan Andmesh Kamaleng ini akan terus kekal istiqomah dalam bacaannya. 

Baca: Disebut Mirip Andmesh Kamaleng, Apa Komen Bulan Mentor Milenia?

Sejuk hati dengar protege Mentor Milenia bukan sahaja boleh menyanyi dengan baik, malahan baca al-Quran pun begitu merdu! 

Del14