Events By: Syafiqa Irdina October 4, 2019 @ 3:16pm

Meriah! 400 Ribu Pengunjung Gegar Karnival Jom Heboh Pulau Pinang

Setelah berjaya menamatkan siri jelajah di Shah Alam, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, Siri Jelajah Karnival Jom Heboh (KJH) akhirnya singgah di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 28 & 29 September yang lalu!

Banyak aktiviti dan acara menarik yang disediakan untuk para pengunjung sepanjang dua hari KJH di Pulau Pinang.  

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), Karnival Jom Heboh yang diadakan mendapat sambutan meriah dan dibanjiri dengan kehadiran para pengunjung walaupun  hujan lebat. Sambutan hangat yang diterima membuatkan tapak perkarangan Studio A dan Studio B dipenuhi dengan kehadiran para pengunjung yang teruja dengan pelbagai aktiviti dan acara yang dilakukan. 

“Kami amat teruja dengan sambutan para pengunjung pada kali ini, apabila mereka dapat beramah mesra bersama para selebriti yang hadir dan  memeriahkan lagi suasana Karnival. Kami gembira melihat gelagat para pengunjung yang sangat  sporting dan tidak melepaskan peluang untuk berswa foto bersama artis kesayangan mereka” tambahnya.

Selain KJH yang diadakan di Perkarangan Stadium Batu Kawan, program tanggungjawab sosial korporat KJH bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai serta Western Digital turut membuka tirai aktiviti KJH di Pulau Pinang. 

Program tanggungjawab sosial korporat yang diadakan di Upcycle Park, Bandar Perda Bukit Mertajam merangkumi upacara penanaman pokok dan pelepasan ikan di kolam yang menjadi simbolik utama dalam usaha menjaga alam sekitar. Selain itu, para hadirin dapat menyaksikan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk terus memeriahkan dan mencantikkan daerah Seberang Perai.

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Di KJH juga turut menyediakan dua studio yang merancakkan lagi aktiviti Karnival Jom Hebohiaitu Studio A dan Studio B. Para pengunjung juga dapat turut serta dalam pelbagai aktiviti seperti siaran langsung yang diadakan dan  berpeluang menonton demo masakan bersama Cef Naem serta mempelajari ilmu agama bersama Da’i Luqman, Da’i Fuad, Da’i Azrin dan Ustaz Safwan. Para pengunjung Studio A juga diberi peluang beramah mesra bersama artis jemputan seperti Atiq Azman, Anas Ridzuan, Sissy Imann dan Qody Mentor

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Karnival ini juga dimeriahkan lagi oleh  para pengunjung yang hadir bersama anak-anak kecil, di tapak perkarangan Studio B, Harris Alif dan Shah Sulaiman  selaku hos merancakkan lagi acara dengan pelbagai aktiviti menarik buat si cilik seperti aktiviti DIY, aktiviti permainan untuk kanak-kanak, sesi bergambar di B! Insta, demo penjagaan gigi serta sesi ramah mesra dan peluang bergambar bersama maskot Ejen Ali, Boboiboy dan juga Alif & Sofia. 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Selain menyertai aktiviti yang terdapat di Studio A dan B, para pengunjung juga dapat menyokong artis kesayangan mereka dengan membeli barangan eksklusif di Bazar Selebriti dan beramah mesra dengan artis yang mengambil bahagian. 

Kemeriahan di KJH tidak terhenti di siang hari sahaja. Para pengunjung juga dihiburkan dengan konsert oleh penyanyi hebat pada sebelah malamnya.  Pentas Hot Kool Jam digegarkan dengan persembahan Ziana Zain, Ella, Ramlah Ram, Siti Nordiana, Ara Johari, Haiza, Dato’ Hattan, Kugiran Masdo, Khai Bahar, Ismail Izzani, Sufian Suhaimi dan Kumpulan Neon. Seterusnya, pada malam Ahad pula bermula jam 9.00 malam para pengunjung dapat berhibur di Konsert Jom Heboh  bersama Kumpulan Ekamatra, Rahmad Mega, Azlan Typewriter, Amelina, Shiha Zikir, Wani Syaz dan Tajul.

Sumber: www.xtra.com.my

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Sumber: www.xtra.com.my

KJH terdahulu menyaksikan pemenang bertuah berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif berupa sebuah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star, buat para pengunjung KJH Pulau Pinang kali ini mereka turut berpeluang untuk memenangi kereta tersebut dengan menyertai peraduan Jom Menang Kereta!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan info terkini mengenai KJH, jangan lupa layari  laman sosial Instagram @TV3Malaysia ok!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

How Did EXO’s Baekhyun React when a Question about BTS was Asked on his First Solo Album’s Showcase?

On a press conference of EXO’s Baekhyun’s First Solo Album Showcase, a reporter stirred up the scene when BTS was mentioned.

Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Mon, 9 Oct 2023

Kolaborasi Insomniacks, Nabila Razali Dalam Cerita Kita

Cerita Kita merupakan single ke-6 bagi Insomniacks, manakala single ke-10 bagi Nabila Razali.

Events Tue, 30 Aug 2022
Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Thu, 21 Sep 2023
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Muka Macam Oppa Korea! Kecomelan Anak Mona Allen Curi Tumpuan

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya, Petra Pekin di media sosial. Wajah gebu yang dimiliki oleh Petra itu telah membuatkan ramai peminat geram dan tidak […]

Featured Mon, 11 Oct 2021

Siti Nordiana, Ben Amir, Haqiem Rusli Antara Artis Yang Raih Undian Tertinggi, Jom Semak SENARAI PENUH Calon Top 5 ABPBH 34

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui […]