Featured By: Atiqah Johari April 28, 2022 @ 6:02pm

Meriahkan Aidilfitri Dengan 3 Buah Lagu Raya Serta Program Menarik Di Hot FM & Molek FM

Tinggal beberapa hari lagi Ramadan akan melabuhkan tirai dan Syawal pula menjelma, stesen radio Hot FM dan Molek FM tidak melepaskan peluang dengan menyediakan program-program menarik!

Kedua-dua stesen radio ini bekerjasama dengan syarikat rakaman bagi menghasilkan lagu raya nyanyian para penyampai bersama barisan artis.

Sehubungan itu, sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya akan disambut dengan lebih meriah dan diwarnai oleh barisan artis popular tanah air seperti Marsha Milan, Naqiu, Hazama, Daniesh Suffian, Eddie Hamid, Rosalinda, Amir Masdi, Adira, Shila Amzah & SOG, Afieq Shazwan, Tajul, Nikki Palikat, Amylea, Luqman Faiz, Haiza & Fazli Zainal dan ramai lagi.

Seperti sebelum ini, Hot FM sekali lagi bekerjasama dengan syarikat rakaman untuk menghasilkan lagu raya bersama barisan penyampai dan artis yang bertajuk Hangat Beraya gandingan bersama Alternate Records & Talents.

Lagu ini adalah ciptaan komposer dan penulis lirik, Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Hangat Beraya dinyanyikan oleh Fara, AG, Fad, Marsha Milan, Ayu, Naqiu, Haziq, Riena, Hazama, Imran dan Daniesh Suffian.

Hangat Beraya telah ke udara sejak 17 April dan boleh distrim dan didengari di semua platform digital.

Antara program raya yang akan memeriahkan lagi suasana lebaran kali ini ialah Salam Aidilfitri Hot bersama penyampai Ayu, Imran Aqil dan Riena Diana. Program ini menyampaikan ucapan raya pendengar secara langsung. Ucapan raya diperantauan juga disampaikan dalam program ini menerusi #SeikhlasHati Hot.

Bukan itu sahaja, Akustik Raya Hot FM bersama penyanyi terkenal, Shila Amzah dan SOG, Afieq Shazwan, Tajul Arif, Nikki Palikat dan Amylea Azizan.

Ketika orang lain menyambut Aidilfitri dengan gembira namun terdapat segelintir yang berduka tanpa orang tersayang, kali ini Hot FM menyajikan sebuah program yang meruntun hati, Belum Siap Kehilangan bersama AG dan Fad. Mereka berdua akan menyelami perasaan rakan artis yang telah kehilangan orang tersayang.

Selain itu, Fara Fauzana juga akan beraya bersama selebriti cilik iaitu Yaya, Haziq dan Alyssa Dezek menerusi program Fara & Friends Beraya. Tak sabar nak dengar gelagat Fara dan selebriti cilik jemputan!

Tidak melepaskan peluang, Molek FM juga mahu menghiburkan para pendengar dengan menyajikan pelbagai program hiburan bervariasi. Antaranya, Rumah Terbuka Raya Molek dan Busking Raya.

Rumah Terbuka Raya Molek akan menghiburkan pendengar dengan sesi bual bicara dan persembahan bersama artis jemputan dan Busking Raya Molek FM pula pendengar boleh mendengar kolaborasi kumpulan busking menyanyikan lagu-lagu raya sepanjang zaman.

Seterusnya, Molek FM akan memberi perkongsian pengalaman dan perjalanan ‘Mat Salleh’ yang menyambut hari lebaran di Malaysia yang akan dikendalikan oleh penyampai Molek FM, Mat Dan menerusi program Mat Salleh Beraya.

Seperti Hot FM, Molek FM turut tampil dengan dua buah lagu raya yang berjudul Moleklah Beraya yang dicipta dan dinyayikan oleh Eddie Hamid bersama Rosalinda, adik Akid serta penyampai radio Molek FM.

Untuk lagu raya yang kedua berjudul Raya Raya ciptaan Rudy Nastia yang akan dinyanyikan oleh Amir Masdi, Adira, DJ Nazz, Mat Dan dan Kai dengan kerjasama Nova Music Malaysia.

Bukan itu sahaja, satu program menarik yang menyaksikan penyampai Kai Hassan dicabar ke udara untuk berpantun berterusan secara berseorangan, bersama pendengar atau artis jemputan dalam Program Pantun Molek yang berkisarkan mengenai hari raya.

Semestinya, raya kali ini gempak habislah dengan lagu-lagu raya yang rancak dan program yang menghiburkan para pendengar Hot FM dan Molek FM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Oct 2021

Anak Sulung 4 Tahun Positif Covid-19, Hafizul Kamal Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19. Hafizul menerusi laman Instagram berkongsi berita itu kepada para pengikutnya. “Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif. “Raisya […]

Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Trending Tue, 24 Mar 2020

Covid-19:Nourul Depp Gabung Penyanyi Tanah Air, Beri Semangat Buat Rakyat Malaysia

WALAUPUN penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dengan peningkatan angka kematian saban hari,perkara ini  tidak mematahkan semangat patriotik dan cintakan negara untuk barisan penyanyi dan selebriti tanah air kita.  Penyanyi Nourul Depp bertindak menghasilkan video menggabungkan […]

LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

Trending Wed, 11 Aug 2021

24 Jam Buletin TV3 Di Laman Web Berita Harian

Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini. Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan […]

Featured Tue, 21 Dec 2021

Lelaki Cuba Redah Banjir Untuk Berlindung Di Tempat Selamat Ditemui Lemas

Percubaan seorang lelaki yang berusaha untuk meredah banjir menuju ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air berakhir dengan tragedi apabila ditemukan maut di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil pada Isnin. Memetik laporan BERNAMA, […]

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Ngeri! Padah Nak Bergambar Dengan Ular Sawa, Lelaki Hampir Mati!

Beringat sebelum kena! Jangan cari pasal dengan ular sawa tu.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019