Featured By: Salma Syahbuddin October 2, 2023 @ 3:00pm

Tenang Hadapi Kontroversi Rumah Tangga Dengan Fyna Jebat , Zainal Abidin Sedia Terima Teguran -“Hormati Semua Pihak, Itu Lebih Baik!”

Bekas suami kepada penyanyi Fyna Jebat yang juga bekas ketua jurulatih pasukan Liga Super Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan mengaku bersedia menerima teguran daripada pihak luar terhadap isu kahwin dua yang dihadapinya.

Menerusi kenyataannya kepada Melodi, Zainal Abidin, 62, berkata, dia menghormati semua pihak dan berharap hal peribadi biarlah kekal menjadi privasinya.

“Bagi saya personally saya more to football, personal matter is personal matter. Itu yang penting, lagipun kita menghormati semua pihak.

“Bagi saya kerjaya saya bersama bola sepak dan saya menjalankan tugas selagi saya dikehendaki di dalam arena bola sepak,” katanya ketika ditemu bual pada program Melodi.

Dalam pada itu, Zainal juga mengambil semua teguran tersebut dari sudut positif terutamanya dalam memperbaiki kehidupan dan kerjayanya.

Malah, dia juga berharap dan mendoakan agar isu rumah tangganya bersama Fyna tidak lagi menjadi isu ‘panas’ yang perlu dibangkitkan selepas ini.

“Memang ada, teguran ada yang baik, ada yang tak baik. Alhamdulillah kita ambil mana yang baik yang tak baik kita terima juga untuk memperbaiki kehidupan. Kita tidak menolak kesemuanya tapi macam mana kita mengendali untuk jalan lebih baik dan terus maju dalam karier kita, itu lebih baik.

“Semua orang doakanlah setiap insan ini untuk mendapat kejayaan didalam kehidupan masing-masing dan dalam kerjaya masing-masing, sekian terima kasih,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Heechul Confessed that He Slept with Hani and Bora Before!

They are very close to each other but close enough to do that?

Trending Sat, 31 Aug 2019

Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Kena Denda RM2,800

Mungkin kena tukar nama kot supaya tak ‘nakal’ lagi

Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Featured Fri, 26 Apr 2019
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

“Saran Wanita Kawal Marah”

Berita pembunuhan kejam seorang wanita dan anaknya telah menjadi topik bualan hebat di media sosial beberapa hari ini. Insiden itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang melemparkan hadiah ulang tahun yang telah diberikan oleh keluarga […]