Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang seringkali dihimpit dengan kontroversi panas, Zarina Anjoulie. Bukan sahaja sebagai seorang pelakon, beliau juga turut berkecimpung dalam dunia perniagaan melibatkan produk wanita. Justeru itu, pelbagai karenah terpaksa dihadapi oleh Zarina termasuklah berhadapan dengan pelanggan yang mengajaknya untuk melakukan perkara sumbang.

Menerusi gambar yang telah dimuat naik melalui instagram beliau, Zarina memberitahu terdapat pelanggan lelaki yang bersikap kurang ajar dengan menghantar mesej secara peribadi mengajaknya untuk one night stand. Lantas, memberi amaran kepada golongan ini terutamanya yang sudah berkahwin. 

Kalau dilihat menerusi statement tersebut, Zarina juga menyatakan bahawa beliau berani bersumpah untuk memaparkan nombor telefon lelaki yang mengganggunya. 

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita. 

Alahai, zaman sekarang pun masih ada lelaki spesis macam ni ke? Buat Zarina Anjoulie, semoga tabah dan kuat menghadapi dugaan terutamanya sekali dalam dalam dunia perniagaan.

Salma Syahbuddin