Sahara Yaacob Dilantik Presiden PERTAMAS, Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah buat penyanyi veteran Sahara Yaacob yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Transformasi Artis Malaysia ( PERTAMAS).

Menerusi laman Facebook Rexx Steel, status yang dimuat naik itu memberitahu perlantikan Sahara disambut baik oleh semua.

“ Alhamdulillah, perkhabaran gembira telah diterima sebentar tadi. Insha Allah setiap musician di Malaysia akan turut rasa gembira.

“ Doa kami telah dimakbulkan. Lets spread the word, the happiness for all Malaysian Musician…Alhamdulillah Bonda…inilah jawapannya,” tulisnya.

Penyanyi yang mendapat jolokan ‘Tina Turner Malaysia’ ini membuat kemunculan semua pada tahun lalu selepas kisahnya menumpang teduh di dalam stor menjadi topik utama.

Kebangkitan Sahara wajar dipuji memandangkan wanita ini pernah mengasingkan diri daripada dunia seni selama 10 tahun. Kemunculan semula wanita 62 tahun ini amat dinanti oleh semua penggemarnya.

Kami di Xtra.com mendoakan agar Kak Sahara menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. We are really proud of you, semoga dipermudahkan segalanya kak!  

SGMS Faida