Semalam genaplah dua tahun usia perkahwinan pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse bersama suaminya, Ungku Hariz. Dengan muat naik melalui laman instagram beliau, Jihan dilihat sangat menghiburkan dengan caption yang berbunyi agak kelakar dan menarik perhatian followers beliau. 

Rata-rata peminat beliau mengucapkan tahniah dan berdoa agar pasangan ini berbahagia sehingga ke anak cucu. Selain ucapan tahniah dan komen berkenaan caption tersebut, Jihan nampaknya tidak terlepas dari diajukan soalan berkenaan wajah anak beliau.

Bagi peminat dan followers Jihan, sudah hampir dua bulan beliau melahirkan tetapi, wajah dan nama anak beliau masih belum didedahkan kepada umum. 

Bayi yang hanya dikenali sebagai Baby Ninja ini nampaknya menjadi tanda tanya semua rakyat Malaysia kan? 

Apapun, mungkin Jihan dan suami mempunyai rancangan tersendiri sebelum mendedahkan nama dan wajah Baby Ninja mereka. Sama-samalah kita tunggu okay!

Salma Syahbuddin