Mesti Ramai Yang Familiar Korus Lagu Ni Kan? Jom Kita Dengar Versi Acapella Pula!

Nampaknya saingan begitu sengit dikalangan protege Mentor Milenia kita kali ini bukan? Jadi bagi meredakan stress mereka, pihak produksi kali ini telah memberi tugasan buat kesemua protege untuk menghasilkan lagu tema ‘Tunjuk Ajar Ku Sifu’ dalam versi acapella. Wow! Agaknya best ke tidak lagu yang dihasilkan oleh protege kita ni. 

Setiap kumpulan protege yang telah dipilih akan diberi masa selama satu jam sahaja untuk menghasilkan lagu tema #MentorMilenia2019 versi acapella. So, nak tahu best ke tidak? Let’s check this out!

Boleh tahan juga lagu acapella yang dihasilkan oleh gabungan team Akim dan Hazama ni kan? Tapi, bagaimana pula dengan lagu tema yang dihasilkan oleh team Stacy, Erni Zakri dan Black?
Jadi, korang rasa mana lagi best? Pasukan Akim dan Hazama ATAU pasukan Stacy, Erni Zakri dan Black?
Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua pasukan sangat berdedikasi dalam menghasilkan lagu tema versi acapella ini bukan? Termasuklah kumpulan yang sempat parodi kan korus dalam lagu ini. Dan, kalau dilihat protege kita ni memang kreatif habis lah, hanger, dan botol mineral water pun boleh  jadi alat muzik mereka.
Versi acapella yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan turut menarik perhatian netizen apabila jumlah tontonan di Facebook sahaja sudah mencecah 1.6k sejak ianya dimuat naik pada 3 November lalu.
Terdahulu, lagu tema Tunjuk Ajarku Sifu telah dihasilkan oleh Cat Farish dan gubahan oleh Ajai ini dijadikan sebagai lagu tema bagi program Mentor sejak musim pertama lagi.
Salma Syahbuddin