Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mendedahkan bekas isterinya, Mizz Nina telah mengambil anak angkat mereka, Musa dari bawah jagaannya, semalam.

Noh berkata Mizz Nina atau nama lengkapnya Shazrina Azman hadir ke rumah bersama dengan suami, Essam serta anggota polis dan beberapa individu lain yang tidak dikenali.

Noh berkata dia menuruti permintaan Mizz Nina meskipun hatinya berat untuk melepaskan Musa yang berada di bawah jagaan interim dibawah perintah mahalamah syariah.

“Malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.

Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.

“Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” katanya.

Sementara itu, Noh turut menjelaskan antara pihaknya dan Mizz Nina tiada sebarang perbalahan atau perebutan anak berlaku kerana masih mempercayai ada jalan pendamaian berhubung isu ini.

“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya mash percaya dgn jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

“Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Noh juga turut menjelaskan berkaitan temu ramah bersama Melodi TV3 berlaku pada 13 Januari lalu iaitu berhubung dakwaan telah menculik anaknya dari jagaan Mizz Nina sebelum ini.

“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni. Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 ptg,” katanya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

Aqilah Paharuzi