Puteri Aishah Hamil Anak Pertama!

Pelakon, Puteri Aishah berkongsi berita gembira di Instagram miliknya memaklumkan kini sedang hamil anak pertama.

Puteri yang dilihat sedang bercuti di Korea bersama suami tercintanya, Muhammad Firdaus Sulaiman itu memuat naik video pendek di Instagram sebentar tadi.

Puteri menunjukkan ‘baby bump’ dalam hantaran tersebut.

“The butterflies he used to give me turned into tiny feet,” tulisnya di kapsyen berserta tanda pagar #comingsoon #babyloading.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya tumpang gembira di atas perkongsian indah buat pasangan itu.

Sekadar info, Puteri dan suaminya berkahwin pada 21 November 2021.

Artikel Berkaitan: “Sebelum Ada Rezeki, Kalau Boleh Kami Nak…” – Puteri Aishah Tak Rancang Soal Anak

Aqilah Paharuzi