MK K-Clique Berlatih Jadi Pengantin, Netizen Tawar Diri Jadi Isteri

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, MK K-Clique menjadi wali untuk menikahkan kakaknya, Siti Hawa dengan sahabat baiknya, Fareed yang juga anggota kumpulan K-Clique.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, MK memuat naik foto di atas pelamin majlis perkahwinan kakaknya seperti sedang berlatih menjadi seorang pengantin.

“Ada ni tengah practice jap. Bila awak nak duduk? Sementara tunggu awak nak duduk saya pegangkan bunga awak jap, okay,” tulisnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan penampilan MK K-Clique yang segak berbaju Melayu serba lengkap dengan sampin serta menawarkan diri menjadi isterinya.

“Practice dulu nama saya. Tengah bersiap-siap kejap.

“Awak tunggu saya, saya on the way ni.

“Soon okay sayang. Semoga dipermudahkan urusan kita,” komen netizen.

Maya Basir