Categories: HiburanSelebriti

MK K-Clique Hisap Puting Kosong, Peminat Dakwa Siti Hajaar Kini Berbadan Dua – “Tak Lama Dah Ni”

Penyanyi MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar didakwa memberi gambaran bakal timang cahaya mata selepas melihat gelagatnya menghisap puting kosong bayi atau pacifier, selepas tiga bulan berkahwin.

Menerusi perkongsian di TikTok, isterinya, Siti Hajaar telah memuat naik video MK sedang menghisap puting kosong berwarna merah jambu sambil melakonkan reaksi bayi yang sedang menangis.

Terhibur dengan gelagat MK, Hajaar tetap tenang melayan kerenah suaminya itu sekali gus mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan warganet.

“Siapa punya puting tu? Selamat pagi dari anak saya yang super cute,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa bahawa perkongsian tersebut merupakan bayangan bahawa Hajaar kini sedang berbadan dua.

Terdahulu, MK dan Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023.

Fatin Nurain