Muat Naik Foto Di IG, Netizen Dakwa Syafiq Kyle Nampak Lebih ‘Happy’?

Pelbagai spekulasi timbul sejak kebelakangan ini apatah lagi ramai yang masih berteka-teki mengenai pembatalan majlis perkahwinan pasangan pelakon popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini di Instagram milik aktor itu, Syafiq kelihatan tampak lebih gembira apabila memuat naik fotonya dengan aksi ‘peace’.

Malah, hantaran tersebut juga mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang gembira melihat Syafiq kini sudah mula aktif di platform media sosialnya.

“Nampak happy tak jadi kahwin.

“Gembira tengok Syafiq dengan foto ni, saya harap awak baik-baik sahaja,”komen netizen.

 

Meskipun pelbagai spekulasi timbul, masih terdapat pengikut yang kagum dengan keputusan Syafiq dan Mimi yang memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab mengenai isu pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai pihak apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos lalu.

Berita pembatalan majlis perkahwinan pasangan itu disahkan sendiri oleh pengurus Mimi, Iman Tang menerusi mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.

Iman juga menafikan punca pembatalan majlis pernikahan pasangan ini ada kaitan dengan masalah peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN:”Moga Yang Paling Buruk Sebenarnya Yang Terbaik Untuk Kami”- Batalkan Pernikahan Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Luah Perasaan

ARTIKEL BERKAITAN:Saling ‘Unfollow’ DI IG, Ibu Syafiq Kyle Enggan Masuk Campur Isu Pembatalan Majlis Kahwin Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Salma Syahbuddin