Hiburan By: Padin February 10, 2024 @ 10:51am

MPO Raikan Cinta Bersama Sean Ghazi, Nikki Palikat & Ida Mariana Di DFP

Raikan cinta bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philarmonic Orchestra, MPO) dalam sebuah konsert istimewa pada Sabtu, 17 Februari 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

MPO, di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga akan mempersonakan penonton menerusi seleksi lagu-lagu cinta malar segar yang diberi sentuhan orkestra.

Dengarkan Love Story (Where Do I Begin), Last Night, (They Long To Be) Close To You, Somewhere Out There, Love Changes Everything, If We Were In Love, Cinema Paradiso dan Love Me Tender, disertakan dengan beberapa lagu hits dari muzikal Broadway popular seperti Wicked, Funny Girl, Les Misérables dan Phantom of the Opera.

Konsert ini akan diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang akan berkolaborasi dengan MPO.

Nikmati keraian cinta yang indah bersama muzik unggul MPO bersama penampilan artis-artis undangan, hanya di DFP!

Dapatkan informasi mengenai pembelian tiket dengan melayari laman web www.mpo.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Sudah Beli Cincin Mahu Lamar, Nabil Mahir Akur Ketentuan Tuhan

Saya reda dengan ketentuan Illah. Rancangan awal, saya mahu melamarnya pada ulang tahun kelima perhubungan kami

Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

ARTIS ‘2L’ PULA KONGSI TARIKH SAMA DAPAT ANAK

Artis ‘2 L’ yang dimaksudkan tidak lain ialah bekas vokalis kumpulan Kristal, Mohamed Razlan,32,  yang kini bergelar Lan solo dan  bekas penyampai radio, Rozlindah Onn atau lebih dikenali sebagai Linda Onn, 

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami