Muat Naik Foto Bersama Jejaka Kacak Mata Sepet, Netizen Usik Nurul Shuhada – “Approved! Panas La Member…”

Perkongsian terkini bekas isteri pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama seorang jejaka.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen Shuhada yang sempat bergurau sekiranya dia dijodohkan dengan lelaki bermata sepet.

Bukan itu sahaja, Shuhada juga sempat berseloroh seakan meminta keizinan daripada anak-anaknya.

“Humairah, Umar.. Okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet?,” tulisnya beserta tanda pagar #ShuGurauJe.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya sempat mengusik Shuhada yang dilihat sama cantik sama padan dengan jejaka berkenaan.

“Panas la member nanti…,” tulis seorang netizen.

“Approved by all,” ujar netizen lain.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji kecantikan Shuhada yang semakin menyerlah dan tampak sangat bahagia berbanding saat dia bersama pelakon Melastik Ke Hatimu itu.

Sebelum ini, pelakon Hafidz dikhabarkan akan dirawat di hospital bahagia atas dakwaan mempunyai penyakit bipolar.

Konflik rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai selepas timbul gosip pelakon itu curang.

Susulan itu, Hafidz pula disyaki telah menumbuk isterinya sebanyak tiga kali namun mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Aqilah Paharuzi