Categories: HiburanSelebriti

Muat Naik Gambar Baharu, Hafiz Suip Okay Ke Tu?

Selepas memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen ‘sinis’, keadaan fizikal penyanyi Hafiz Suip menjadi bualan netizen.

Dalam sebuah entri di Instagram yang dimuatnaik semalam, Hafiz memaklumkan dia masih bertahan dan sudah mampu menjamah makanan.

“I am still survive, akhirnya makan…anda rasa saya tidak tahu permainan anda,”tulis Hafiz diakhiri dengan simbol senyuman.

Rata-rata pengikutnya tertanya sama Hafiz sedang dilanda masalah selepas melihat bentuk tubuh yang susut.

Beberapa rakan selebriti antaranya Fendy Bakry dan Zarul Umbrella turut meninggalkan komen semangat buat Hafiz.

Semoga semuanya baik-baik saja dan kami di Xtra doakan Hafiz sentiasa sihat hendaknya. Amin!

SGMS Faida