Muat Naik Video Menangis Di IG, Azhar Sulaiman Maklum Ayah Mentua Meninggal Dunia

Pelakon, Azhar Sulaiman, 51, mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik hantaran di Instagram miliknya pada pagi tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Mami memaklumkan, ayah mentuanya yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK).

“Assalamualaikum semua, dukacita Mami nak maklumkan ayah mentua mami, Datuk Pahamin Rajab just passed away,” katanya.

Menurutnya, ayah mentuanya hadir ke London bertujuan menghadiri majlis graduasi anak lelakinya, Rees.

“Dia baru sampai London, kena heart attack dalam bilik. So, my mother in law and my son ada kat London, pergi ke sana sebab nak attend my son punya graduation.

“So, anyway all of us will flying to London starting on Monday. Jadi, jemputlah kita sama-sama doakan Al-fatihah untuk ayah mentua saya,” jelasnya.

 

Salma Syahbuddin