Tak Terkesan Dituduh Mandul, Ini Respons Uqasha Senrose – “Agak Melampau Mereka Komen Begitu!”

Pelakon jelita, Uqasha Senrose mengaku tidak terkesan dengan komen netizen yang mengatakan dia mandul apabila masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia tidak terasa hati namun berasa sedih apabila tuduhan yang diberikan itu datanganya dari seorang wanita.

“Saya sedih dengan cara percakapan individu berkenaan.

“Namun, saya tidak terlalu terkesan dengan komen yang diberikan cuma sedihbila komen sebegitu datangnya dari seorang wanita,” katanya.

 

Menyifatkan komen tersebut sebagai melampau, Uqasha beranggapan individu berkenaan boleh berkata apa sahaja kerana tidak berjumpa secara berdepan dengannya.

Malah, individu itu dipercayai menyekat Uqasha dari akaun sosial miliknya selepas aktres itu meninggalkan komen terhadap tuduhan tersebut.

“Dia (individu) tidak menggunakan palsu kerana  selepas saya memberikan respons terhadap komen dia block saya.

“Dan, agak melampau bial dia komen begitu. Tetapi biarkanlah. Kamal pun selalu ingatkan jangan hirau kata-kata orang,” jelasnya.

Faham dengan situasi yang berlaku, aktres itu bagaimanapun sedar sebagai seorang selebriti segala tindak-tanduk akan menjadi perhatian masyarakat.

Bahkan, pelakon drama rantaian Tundukkan Playboy Itu sentiasa percaya pada rezeki dan ketentuan Tuhan termasuklah soal zuriat.

“Bukannya saya tidak pernah hamil sebelum ini… kami sentiasa ikhtiar.

“Semua itu kerja Allah dan kita hanya mampu berusaha sahaja. Tak perlu nak bagitahu semua orang soal itu,” ujarnya.

Sekadar info, Uqasha dan pelakon Kamal Adli berkahwin pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

 

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin