Siti Nurhaliza Guna Platform Threads Kongsi Maksud Sitism, Peminat Puji: “Sangat Unik!”

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan secara terperinci mengenai konsep dan simbolik album terbaharunya berjudul ‘SITISM’.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti berkongsi maksud disebalik konsep kulit albumnya yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila dikatakan ‘gila isim’.

Mengambil konsep siber retro futurism atau ‘cyber retro futurism’ untuk kulit albumnya, siti berkata, ini adalah gabungan gaya seni dan reka bentuk inspirasi dari elemen silam (nostalgia dan gaya retro) masa kini dan gabungan elemen futuristik yang unik selaras imaginatif mengenai pandangan masa hadapan dalam industri muzik.

Manakala, dari segi visual pula, potret wajah seni digital digunapakai bersama ikonik futuristik ‘headphone’ bagi menggabungkan elemen jalinan nota muzik yang membentuk seperti mahkota.

‘Headphone’ digunakan sebagai simbolik kepada gaya mendengar muzik di era dunia siber kini.

Sementara itu, penggunaan warna metalik tembaga, kekuningan dan keemasan bermaksud, eksklusiviti, keanggunaan dan keberanian Siti Nurhaliza yang selama ini kekal dengan kedudukannya sebagai penyanyi nombor satu negara selama 25 tahun dalam industri seni tanah air.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kombinasi yang dipilih untuk album SITISM sekaligus menepis tanggapan negatif segelintir pihak terhadap album barunya ini.

“Interesting combination.

“Muslimah futuristic yet elegance, tahniah Tokti dan juga designer nya!

“Subhana-Allah sangat unik Datuk Siti, tahniah!

“Tokti buat lah apapun, saya sentiasa menjadi peminat nombor satu Tokti.

“Never fail to impress the audience,” komen netizen.

Salma Syahbuddin